Entry: Msjbox Gathering : 28 April 2007 Friday, April 20, 2007



Event Official : MrShai 

Seperti yang korang semua dah di vote bulan lepas, maka dengan ini Msjbox Gathering akan di adakan kat Satay Kajang seperti berikut:

Hari: Sabtu
Tarikh: 28 April 2007
Masa: 3PM
Lokasi: Restoran Sate Kajang Hj. Samuri, Kajang

Tujuan utama gathering adalah untuk berkenalan dengan kenkawan yang korang rasa belum pernah jumpa. Asyik jumpa kat blog jer.. bila lagi nak jumpa secara dekat?

So, bagi kenkawan yang ada kelapangan masa pada hari tersebut, jemput la datang beramai-ramai ke tempat kejadian yer ;)

Seponsers: Update! ada sesiapa nak sponser ke? (sila maklumkan) Sponser Lucky Draw dah comfirm

Bayaran:
Bajet RM12 la sorang untuk bayar makan Satay + Minuman Watermelon/Fresh oren + Goodies + Lucky Draw (ataupun korang just bayar ikut byk mana satay yg korang dah makan tu :)Baki akan di forward ke Event lain pasa masa akan datang.

 Aktiviti:# 2.45 pm Tunggu/Mengambil ketibaan para-para hadirin sekalian
# 3.00 pm Hadirin mengambil tempat/Ucapan aluan
# Makaaaaaan satay! & Minuuuuum air (sampai kembong)
# Lepak-lepaaaak.. borak-boraaaaak..
# Cabutan No bertuah dari penaja
# Balik ke rumah masing-masing!

Plus, bagi sesiapa yang nak bayar Yuran Tahunan Msjbox pada hari tersebut pun boleh. Junaidix akan bawak buku resit. :)

p/s: Bagi yang ada masalah pengangkutan, korang bley amik KTM Komuter dari KL Sentral ke stesen Kajang. Then kat situ, bley call kitaorang untuk amik kat stesen tu :) no problem. nak hantar semula kat stesen KTM tu lepas habis gathering pun ok. sila hubungi Junaidix

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments