|
Sabtu 17/03/2007 Shai memulakan perjalanan hari sabtu tanpa sarapan pagi.Hampir semua perjalanan untuk hari ini telah dirancang didalam minda Shai terlebih dahulu. Seawal 9am, Shai menuju ke Pandan Indah.Perjalanan Hari ini dinamakan "Jalan - Jalan KL" Menaiki Star LRT menuju ke PWTC.Pagi yang indah ditemani dengan gerimis menitis membasahi diri.Sampai dalam PWTC dalam hampir 10am.Terpaksa beratur panjang untuk masuk ke Dewan MatTA Fair.Bayaran yang dikenakan ialah RM3.Berjalan2 sempena Matta Fair sambil mengambil risalah dan promotion2 menarik untuk percutian di dalam dan luar negara.3 tempat sasaran Shai ialah Langkawi, Tioman dan Kelantan.Eh! kenapa Kelantan?? sesungguhnya seumur hidup Shai belum lagi menjejakkan kaki ke sana.Insya-Allah dah plan perjalanan 2 Hari 1 Malam seorang diri dalam masa terdekat ini. Pusing punya pusing sempena Matta Fair nie.Dewannya bukan shj kat PWTC tapi terpaksa menyebarang sungai hingga ke Dewan di belakang Jalan Ipoh sana. Berkali2 pusing mencari dimana Both Menara KL.Akhirnya jumpa gak "hujung dunia beb! x sesuai.. nasib baik kali ini Shai x terlibat lagi dlm dunia Sales".Jumpa kawan2 kejap dan sembang2 apa yang patut.Ketika itu jam baru menunjukkan hampir 12pm.Shai nekad meneruskan program tidak dirancang iaitu menonton Filem di KLCC (Muhsin).Dari PWTC menaiki STAR ke Masjid Jamek dan bertukar ke PUTRA menuju KLCC dan terus berjalan dengan pantas ke TGV KLCC.Manusia beratur punyalah panjang.Hampir 20 minit beratur baru dapat beli tiket itu pun hanya tingga berapa tempat duduk sahaja. Keseluruhan cerita Mukhsin memang "best" terutama Lagu "Hujan" tue.. sedaaap.. kemudian jalan cerita, pelakon semuanya nampak menarik. Selepas je keluar dari KLCC, Ternampak di ruang legar KLCC, Ratu rock Ella menyanyi lagu JTM (Jujur,Tak kan melupakanmu" best!!! layan kejap.. lepas tue terus ambik PUTRA ke PASAR SENI.Menuju CM yang pertama kali dikunjungi pada tahun 2007, nampak cantik selepas ubahsuai.Jalan2 tengok2 (x pusing habis pun) kemudiannya ke Gerai2 Cenderamata dan Survey untuk hadiah birthday Menara KL Club dan untuk gathering msjbox.com ... ooops.. bocor rahsia.. Dalam 5pm bergerak dari STAR masjid Jamek ke Sogo.Jalan2 sekejap kat sogo.. always ada sales kat sana.. tapi... (Fulus x bawa banyak.. so x membeli apa2) Niat utama berjalan di pasar malam Jalan TAR.Membeli beberapa makanan kegemaran. Kalau diikutkan semua nak beli.Dalam pada tue ada juga benda yang tak dirancang turut dibeli.Macam mana tue? Dalam asyik berjalan terjumpa ngan seseorg. Oh! keciknya dunia ni..Jumpa ngan seorang staff yang kerja kat KL Tower.Borak2 kejap dan bertanya khabar "sian dia..sebab baru lepas jadi mangsa ragut beberapa minggu lepas.. mc dekat seminggu dan trauma dgn kejadian tue" budak kg baru dan kejadian berlaku di kg baru gak.Tak ada sebarang kerugian cuma ada luka2 dan kesan dikepala. Akhirnya menjelang senja dah berada di rumah dan malam hujung minggu hanya didepan TV menyaksikan Konsert pertama musim ke 5 Akademi Fantasia. Kisah hari ahad (akan bersambung) |
| Leave a Comment: |