Photobucket - Video and Image Hosting



Msjbox Hi Tea in The Sky this June 2007

 Msjbox Hi Tea in The Sky dicadangkan pada bulan June 2007 ini. Tarikh & Hari akan dimaklumkan kemudian. Masa berkumpul adalah pada 2.30pm.Antara xtvt yang akan diadakan (baru cadangan okie!)

1) Tayangan Dokumentari Pembinaan Menara KL (15minit) [History Experience]

2) Lawatan ke Board Walk & Jelutong Deck (10 minit) [Nature Experience]

3) Lawatan sekitar ruang legar Menara KL (10 minit ) [Shopping Experience]

4) Lawatan ke Mega View Banquet Deck 288 Meter [Exlusive Experience]

5) Hi Tea in the Sky @ 282 Meter [Dining Experience] Dari 3.30PM - 5.30 PM

6) Lawatan Ke Pelantar Pemandangan 276 Meter [Viewing Experience]

7) Lawatan TAMAT

Bayaran ialah RM 55 Dewasa & RM 30 Kanak-Kanak (Makan sampai kenyang dan selagi terdaya dan minum sampai kembong.. Buffet Hi Tea- Weekends/Public Holiday shj)

Jadi kepada rakan2 Msjbox.com dan pembaca blog ini yang berminat boleh menghubungi shai serta kumpulah duit mulai sekarang.Serta undilah disebelah untuk mengenal pasti berapa ramai yg benar2 berminat.Event ini akan diteruskan sekiranya mendapat sambutan yang mengalakan.



mr_shai1111 dreamt at 12:52 pm on Thursday, March 15, 2007
bicara disini


Virus Tag Menyerang Lagi : Macam Tak Best Je

Virus Tag menyerang lagi.Kali ini disebarkan oleh Kak Shida
KESIHATAN
Alhamdullilah tak penah masuk Wad/Hospital.Kalau demam dan selsema tue biasalah.Sakit mata? Penah sekali dua je.. Demam campak pun ada masa kecik2. Sekarang dah besar alhamdullilah.Masa kecik tak boleh makan kerang kalau termakan badan akan gatal2.Tapi sekarang tak lagi.

FIZIKAL
Rasanya rendah lah dan x cukup tinggi.Mungkin sebab masa Sekolah dulu x suka bersukan.Tak suka melompat so pembesaran terbantut sikit.Kalau boleh nak tinggi sikit.Lagi pun badan semakin hari semakin berat.Tue lah hati senang. so terima diriku seadanya.

GAYA HIDUP
NO ALKOHOL, NO DRUGS, NO SMOKING! (sama macam Kak Shida) Pakaian x mementingkan jenama asalkan selesa semuanya okie je.Tapi sejak 9 Tahun kerja nie banyak sangat baju sponser dan baju "cap Menara KL".Dulu nyaris2 menjadi mangsa jenama.Tak akan ku lupa sampai bila - bila

PEMAKANAN
Makan apa shj yang disukai.Akan banyak makan ketika tension dan stress.Pastinya menyukai masakan ibu tersayang dan yang pedas2.Tak boleh lari dari menikmati cendul dan bihun goreng.Bagi shai, makanlah selagi boleh makan.. jangan nanti dah sakit tak boleh makan baru nak menyesal

SIKAP
Seorang yang pendiam kalau pertama kali berjumpa.Mungkin orang akan kata sombong.. tapi itu hak orang.Paling pendiam dalam keluarga.Dan berpegang pada prinsip "bercakap bila perlu.. diam lebih baik dari berkata yang bukan2" cepat moody dan paling x suka diganggu bila banyak "kerja".Seorang yang menepati masa dan selalu merancang perjalanan dalam kehidupan seharian.

KESaLAHAN YG PALING BESAR YG DIAKHIRI DGN MUJURLAH..
Kesalahan paling besar aku... biarlah aku simpan sebagai  rahsia! Cukuplah aku ckp aku benar2 menyesal n xkn mengulanginya lg! TIDAAAK!!! Cukup skali.. (eh! macam tiru Kak shida je)


mr_shai1111 dreamt at 12:46 pm on Wednesday, March 14, 2007
bicara disini


Tag : Show Me Ur Desktop, Versi Ciplak

Tag : Show Me Ur Desktop !! (curik dari rumah "cikgu".. muahahahaha)

 

Can i see ur desktop..? Kata 'acai', desktop, arrangement dan resolution komputer menggambarkan tingkahlaku kerja seseorang

 

 

Resolution : 1280 by 768 pixel (right clik/properties/setting)
Laptop, LCD or CRT monitor : LCD monitor
Been using this desktop since : December 2006

Kaedah (sape yg tak tau) :
Hit "Print Scrn" button (sblh F12) > paste kat paint/adobe photoshop..

 

Tag ini tidak disebarkan sebab dah kasi anti virus baik punye.. kahkahkah...



mr_shai1111 dreamt at 04:08 pm on Monday, March 12, 2007
bicara disini


Perjalanan Mencintai "ISO" dan Kembali ke Desa Tercinta

ISO sudah bermula.. tahun lalu hanya melibatkan satu Dept. shj tapi tahun ini CEO telah memperluaskannya kepada semua Dept. dan 2 lagi syarikat dibawah kendaliannya.

Bercinta Shai nak faham itu ISO.Mula2 blurr gile. X tahu langsung apa itu dan kenapa? mengapa? dan proses2 nya yang lain.Aduh le.. terpaksa lah serahkan jiwa dan raga untuk mengikuti Workshop pertama selama 2 hari.

Paling membosankan ialah kedatangan dia orang nie.Masuk keluar sesuka hati. Tension oooo.. dahla Shai secretariat dan DCA dan team member untuk HR Dept. 19hb ini ada lagi Tranning mengenai ISO dan 20hb ada pulak Workshop ke2. Parah memang parah..dah lah kerja seharian terhenti sebab memberi tumpuan pada Projet ISO ini.

Yang paling "menghanginkan" new member untuk 2nd Projet ini ialah kelulusan Workshop keluar dari 'Menara" ini x lulus.Budget x adalah.. itulah inilah..sampaikan nak order makan utk Tea Break & Lunch pun menjadi persoalan. Aduh le.. apa punya pengurusanlah ni.Akhirnya barulah ada Lunch walaupun....

Dan yang menghanginkan lagi keadaan ialah kalau masa 1st Projet hari tue dia orang senang lenang buat workshop kat luar dariKL kali nie "hampeh" kat sini jugalah.Tahun lepas dari PD ke Penang dan Cherating buat workshop tapi projetnya tersangkut ditengah jalan juga.Nampaknya 2007 ini kenalah bercinta ngan ISO.Semoga semuanya selamat lah yek!

Perjalanan balik Kg di Alor Star bermula esok.. yang Shai terpaksa dan akan lalui ialah tinggal bermalam di rumah my sister yang kureng ngam ngan Shai .Ngan abg ipar lagilah tak ngam.Nak tak nak terpaksalah juga "tebalkan muka" karang kalau buat hal kesianlak kat Mak.Dah lah masih "sakit" harap kepulangan Shai akan menyembuhkan sikit sakit yang Mak tanggung.

Ambik 1/2 hari petang esok (jumaat) dan cuti hujung minggu pada sabtu & ahad. Shai harap keadaan Mak x apa2 dan bolehlah pujuk Mak dan ajak dia balik duduk kat umah sendiri kat Kg dan x menyusahkan my sister yang sebenarnya x ngam juga dgn my Mak.Ntahlah my sister memang anak "manja" my Ayah.Suka hatilah.. Shai tak kisah nak jadi anak kesayangan siapa @ anak manja siapa. Yang penting Shai adalah Shai. Walaupun masa sekolah men. dulu Mak Shai "lebih" kan abang Shai yang kerja navy tue.Sekarang dia dah kawin, rasanya dah lain kot!. Big Smile apa pun Shai "anak manja" Mak.Wink



mr_shai1111 dreamt at 01:58 pm on Thursday, March 08, 2007
bicara disini


6 Perkara Pelik Tentang Shai : Edit semula

6 Perkara Pelik Tentang Shai

KERANG

Masa kecik sampai umur dalam 26thn Shai x berani makan kerang.sebab masa time sekolah kalau "ter" makan je kerang mesti akan gatal2 satu badan dan esoknya MC dari pergi sekolah.Tapi sekarang dah okie! bayangkan berbelas tahun x makan kerang.huhuhu..skrg pun makan terus telan je.. hahaha

BASUH KAKI

Oh! hobi yang kerap dilakukan.Asal masuk bilik air je mesti nak basuh kaki.hehehe.. dah jadi kebiasaan kot.Nasib baik time berkasut kerja x basuh kaki sekali.kahkahkah.Kalau rasa x selesa atau gatal2 kat kaki mesti nak basuh bilik air, sabun kan kaki dengan sabun detol, baru rasa lega.

CATUR

Memang x reti main catur.Mungkin sebab tak belajar dan tak diajar serta tak mahu belajar.so janganlah ajak Shai main catur. x reti

BANTAL

Shai sejak kecik mesti tidur pakai bantal bucuk.. hahaha Big Smile kemudian kalau tidur mesti ada bantal sekeliling sampai ke kaki paling banyak mesti ada 6 bantal (paling sikit) sejak kebelakangan ini bantal utk tidur mesti tinggi mcm KLTOWER, tak boleh bantal yg terlalu lembut (macam kat hotel) atau terlalu keras macam batu... ish..ish.. anak sapa lah nie.Paling best @ kegemaran shai (sewaktu kecik & remaja masa duduk kampung dulu le) mesti tidur akan alih-alihkan bantal sampai berpuluh2 @ beratus kali sampai tertidur.. hahaha.. itulah kisah no.1

PENDIAM

Shai memang paling pendiam dalam keluarga.Paling susah kalau nak bercakap ngan ayah.Sepuluh ditanya 1 je jawapannya (mungkin sebab sejak dulu kita org x "ngam" tapi sekarang dah okie lah..sebab berjauhan kan) Dengan adik beradik yang lain pun sama.Kalau jumpa ngan orang - orang yang pertama kali bersua atau kenal memang Shai pendiam dan tak banyak cakap.

FOBIA MEMANDU KERETA

Walaupun Shai mempunyai lesen kereta sejak 6 tahun lalu.. sampai sekarang Shai masih fobia nak memandu kereta dijalanan.Insya-Allah lepas ini boleh memandu semula dengan penuh keyakinan (mungkin sebab lain ialah tak ada kereta sendiri.Tapi sekarang kat umah di kampung dah ada kereta.Ayah dah memiliki 1 biji kereta walaupun hanyalah sekadar Proton Saga yang lama dulu tue). Mungkin kesan trauma kemalangan sewaktu umur 13 tahun masih menghantui diri.

 



mr_shai1111 dreamt at 02:04 pm on Monday, March 05, 2007
bicara disini


Selamat Hari Lahir Mak Ke 59 dan Kisah Sedih disebaliknya

semalam Shai dapat call  dari pada MAK kat kampung

Mak : Nak habaq nie esok, Mak masuk wad 2 hari.Doktor suruh rehat.

Shai : erm... Pasai apa masuk wad pulak?

Mak : Pasai penyakit Mak le.. Takut esok hang telefon Mak x ada kat umah pulak.

(Shai mula risau..bila dapat tahu mengenai perkara ini.. dah berbelas tahun Mak menderita kesan pembedahan dan penyakit Kanser "Pangkal Rahim" harap2 x akan ada pembedahan lagi yang akan berlaku)

Ingatnya Shai nak terus je balik Kg malam ini.tapi.... (isnin & selasa ini ada workshop ISO pulak) Mak pastinya x nak Shai risau.Insya-Allah minggu depan akan balik kampung.Baru lepas call Ayah tadi Mak dah masuk wad dan kena jalani pemeriksaan lanjut sebab Mak dah merasai kesakitan semula.Oh! tidak.Harap Mak akan okie.

Apa pun syukur alhamdullilah hari ini 02/03/2007 ulangtahun kelahiran my MAK ke 59.Semoga Mak akan dipanjangkan umur dan dapatlah kiranya tengok Shai kawin dan melihat cucu2nya (insya-allah)

Biarpun dimana Shai berada dan apa yang Shai buat.Mak tetap di hati. I LOVE U



mr_shai1111 dreamt at 12:00 pm on Friday, March 02, 2007
bicara disini


Proposal : Cadangan Event Msjbox 2007

Cadangan Event Msjbox 2007

April Ini....
2nd Anniversary Msjbox dah dekat. kongsi cadangan kat Msjbox.com
(Dicadangkan pada APRIL 2007)
 
Program yang akan dianjurkan semestinya.Makan2, Minum2,ada cabutan bertuah dari penaja dan sesuatu yang lain dari biasa.Nak tahu? tunggu......
 
June ini...
Msjbox Hitea in the Sky @ Restoren Berputar Seri Angsa di Menara KL
Harnya ialah RM 45.00 ++ Per Person Adult and RM 25.00 Per Person Child (3-11 Tahun) ..bolehlah kumpul duit dari sekarang.. yo..yooo ooo je...
Harga yang disyorkan untuk seorang ialah RM 55 Dewasa dan RM 30 Kanak - Kanak.
 
Ianya termasuk Tiket ke Pelantar Pemandangan Menara KL. (Harga Tiket Biasa : RM 20 Dewasa dan RM 10 Kanak - Kanak + 50% Diskaun utk Warganegara Malaysia)
 
Ogos ini...
Msjbox.com@ KL Walk Hunt 2007.Pencarian harta karun disekitar KL & Tempat Pelancongan menarik mengunakan Kenderaan awam seperti LRT/Monorial/Rapid-KL/Komuter.Kumpulan berpasangan dan kadar bayaran akan diputuskan kemudian.
 
Sept ini...
Msjbox Fast Break III kalau ini diteruskan ianya akan menjadi acara ke 3 berbuka puasa dalam Kalendar Event Msjbox.com.Lokasi yang bersesuaian dan memudahkan semua penguna Msjbox.com akan dimaklumkan seawal bulan Ramadhan.
 
Nov ini
MsjboxHoliday@Island dimanakah Pulau itu?? Akan sama2 putuskan.. Mulalah menabung dari sekarang dan menyimpan agar cadangan ini tidak menjadi hanya sekadar cadangan.
 


mr_shai1111 dreamt at 09:31 am on Wednesday, February 28, 2007
bicara disini


Event Msjbox.. akan datang ...

Pada 2005 bermulanya sejarah Event Msjbox yang pertama kali dikendalikan Shai. Bermula dengan Majlis berbuka Puasa di Maju Junction membawa ke Redbox ria, sogo untuk Event Msjbox Moments sehinggalah ke Msjbox Timeout di Kajang dan seterusnya kembali ke Food Court Sogo pada bulan puasa di tahun 2006. Satu perjalanan yang agak panjang.Kadang kala kita hanya mampu merancang namun tuhan yang menentukan.Msjbox Outdoor@Genting misalnya terpaksa dibatalkan kerana beberapa perkara begitu juga dengan Msjbox Bowling yang kali ini masuk kali ke2 perancangannya masih belum terlaksana.Duka cita dimaklumkan Msjbox Bowling pada 3/3/2007 diBATALKAN kerana sambutan "DINGIN" atau dalam kata yang lebih sopan kurang mendapat perhatian penguna Msjbox.com kerana masing - masing mempunyai hal tersendiri serta mempunyai komitment lain pada tarikh tersebut.

Untuk merealisasikan Impian menjadi nyata.Msjbox Event 2007 akan bermula dalam masa terdekat ini.Oleh yang demikian maklum balas dan cadangan dari rakan - rakan semua dialukan.Sebarang cadangan boleh diemailkan kepada Event Offical  Shai di alamat email shaizhar@menarakl.com.my atau di msjbox.com serta di tagboad blog  Shai serta msjbox.com sendiri .Ianya bermula dari sekarang sehingga 02/03/2007.Apa yang perlu di cadangkan ialah :-

1) Lokasi Msjbox Event seterusnya (biarlah dekat dan jangan terlalu jauh.. mudah dari segi pengangkutan awam dan menyenangkan semua orang)

2) Masa & Tarikh  (Jangan terlalu awal pagi dan tidak terlalu lewat malam serta diadakan pada hari yang bersesuaian)

3) Konsep- jika perlu  (yang senang & simple serta tidak keterlaluan)

4) Kadar Bayaran - (Tidak terlalu membebankan dan mampu dibayar oleh semua orang serta tidak keterlaluan harganya- bayaran mcm biasa sdn bhd)

cth/sample cara mengundi :  Shai mencadangankan diadakan di A& W Petaling jaya pada 1 April 2007 pada jam 2.22pm berkonsepkan warna biru & putih dengan harga yang dikenakan sebanyak RM 12 dewasa dan RM 6 kanak - kanak (itu contoh je..anda boleh memberi cadangan yg lebih baik dari itu)

Tema Msjbox Event yang akan datang ialah Msjbox Moments : 2nd Anniversary Celebration.Jadi cadangan tempat - tempat menarik serta idea - idea bernas dari anda semua amat dialukan.

Kepada yang benar - benar berminat nak menghadirkan diri di alu-alukan memberi cadangan.Mana tahu cadangan anda akan mendapat "ganjaran" dari penganjur sebagai bonus.jeng..jeng.. jeng..

Undian top 5 akan bermula pada 03/03/2007 ini selama seminggu... nantikan pengumuman selanjutnya dari  Shai.



mr_shai1111 dreamt at 08:08 am on Friday, February 23, 2007
bicara disini


Perjalanan di Lumut & Kisah 9 Tahun Besamamu

19 Februari 2007

Syukur alhamdullilah masih mampu menaip kata - kata dan entry baru.Sekali lagi dari Lumut Perak.Semuanya berlaku tanpa perancangan awal.Sesuatu yang bukan luar biasa telah terjadi.Kenapa begitu pantas benar diriku memutuskan untuk kembali ke Lumut.Segalanya terjadi hanya kerana satu sms yang membawaku ke sini.17 Februari 2007 pada ulang tahun ke 9 diriku berkhidmat dan berkerja di Menara KL aku bersyukur dan berterima kasih atas segalanya.Kerana aku masih memiliki pekerjaan biarpun pahit getir telah ku lalui.Perjalanan ke Lumut bermula pada 2 petang 17 Februari 2007.Walaupun melalui perjalanan yang panjang dalam kesesakan namun aku bersyukur kerana dapat bersua dengan insan-insan yang aku rindui dan sayangi disini.

17 Februari 2007 (Selamat Hari Lahir Buat Sahabatku Ilham & Happy 9th Anniversary buatku yang masih di KL Tower)

9 tahun bersamamu..Cepatnya masa berlalu

9 tahun bersamamu.. Pantas beredar waktu

9 tahun bersamamu.. Suka & duka ku lalui.. Pahit dan manis ku tempuhi

9 tahun bersamamu.. Dalam kemanisan ada kedukaan.. Dalam sedih ada tawa

9 tahun bersamamu..Aku tidak sangka begitu lama aku mampu bertahan disini

9 tahun bersamamu.. Aku sudah mampu tersenyum dengan apa yang ku miliki

9 tahun bersamamu.. Mampu kah 9 tahun lagi terus disini ??

 



mr_shai1111 dreamt at 04:02 pm on Monday, February 19, 2007
bicara disini


Perjalanan Hari Ini dan Petang Semalam

13 Februari 2007,

Menolak motorsikal yang banyak berjasa dalam hidup Shai ke Kedai Motor untuk dibaiki.Minyak kering dan tidak boleh dihidupkan enjinya.Menolak Motor disiang hari dalam kepanasan tanpa menjamah apa2 dipagi hari merupakan satu cabaran terutama takkala semasa menolak dan mendaki Bukit Ukay Perdana.Ada juga insan mula berhenti bertanya masalah.Terima Kasih lah ye.Setelah peluh membasahi diri, akhirnya tiba di destinasi yang dituju.Kedai motor ini jauh sikit dari yang biasa. Kedai yang selalu pergi telah terbakar dalam satu kebakaran beberapa minggu lalu.Melayang RM12.Syukur alhamdullilah tak ada kerosakan yang teruk.Hari ini masuk kerja sebelah petang.Ada baiknya juga peruntukan cuti setengah hari diberikan kepada kakitangan terutama mereka yang memerlukan sebarang urusan diselesaikan dalam masa kurang dari 6 jam seperti yang dilalui Shai hari ini.

12 Februari 2007,

Balik kerja seperti biasa pada jam 5.30 petang.Langit telah mulai gelap dan awan-awan hitam kelihatan memenuhi ruang-ruang ibukota KL. Shai melalui KLCC yang sudah lama Shai tak kunjungi.Hanya sekadar lalu untuk menuju ke LRT station.Tak berapa kemudian hujan turun membasahi bumi.Manusia dalam LRT sesak seperti biasa.Berhimpit2 dan bersentuh-sentuhan antara satu sama lain.Kalau dulu selalu bersesak2 dalam Metro Bas/ Interakota.Perjalanan berhenti di Station LRT Wangsa Maju.Hujan masih membasahi bumi.Ingat kalau tak hujan nak singgah Jusco tapi terpaksa terus balik ke rumah menaiki Teksi.

 



mr_shai1111 dreamt at 02:37 pm on Tuesday, February 13, 2007
bicara disini


Previous Page Next Page





<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30



















Poem for the day

Hard to Love...



Hard to
Fall in love...



And hard to
Be loved...



But...



I only know
One thing
That you
Thought me...



That is...



To die
Trying...



In Loving...



Thee...





-By:Ivan Munar-




 
dismalSpace © 2005 CSM

Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




RSS Atom
rss feed










Credits



BLOGDRIVE
TEMPLATES


by BlogSkins


dinah.k

is a product of scrolling marque




thank you


dinah.k


pls visit






Copyright © 2004. dismalSpace.
All Rights Reserved.


Theme Design is improved by dismalSpace

Special thanks to:
dinah.k