Perjalanan menuju ke destinasi
impian akhirnya menjadi nyata.Kenapa ianya dinamakan sedemikian rupa?
Jawapannya inilah kali pertama Shai menjejakkan kaki ke Negeri Kelantan Darul
Naim.Perjalanan selepas maghrib 080407 bermula dari rumah menapak ke jalan
besar.15 minit berlalu dan peluh membasahi diri.Dalam kepekatan malam akhirnya
teksi yang dinanti muncul juga.Sampai di Hentian Putra sejam lebih awal dari
masa perjalanan.
Bas bergerak meninggalkan Kuala Lumpur pada jam
9.00 malam.Terlepas menonton Dairi AF, tapi tak mengapa ada yang jauh lebih
penting dari itu.Perjalanan di waktu malam memberi gambaran yang kabur tentang
keadaan sekeliling dalam menuju ke destinasi .Akhirnya selepas 2 jam didalam
perut bas, Shai
terlena tanpa diulit mimpi indah.
Sekitar jam 1 pagi bas
berhenti disebuah kawasan makan.Hajat pertama yang ditunaikan sebaik turun dari
bas ialah menuju ke bilik kecil.Bayaran 20 sen dikenakan tapi kualiti
kebersihan bilik airnya memang “hazab” sekali dan “berbau”.Tiada pilihan lain
terpaksa juga walaupun itu bukanlah pilihan terbaik.Membasahkan tekak dengan
segelas teh tarik.Bila time nak bayar baru tahu harganya RM2.Mahalnya harga
tersebut tapi nak buat macam mana bayar jelah.
Hampir 45 minit kemudian bas
bergerak menuju perjalanan.Dalam kesejukan Shai
tertidur lagi “tidur-tidur ayam”.Seorang demi seorang penumpang turun di
destinasi mereka.Akhirnya, selepas melalui hamper 8 jam perjalanan destinasi
tujuan didepan mata..Bandar Kota Bahru itulah destinasinya.
Lebih kurang 1 jam berada distesen
bas dan kemudiannya membeli kuih muih sebagai sarapan pagi serta singgah minum
di kedai makan berhampiran stesen bas itu. Dalam kedinginan pagi Shai
melangkah menuju lorong demi lorong dan melalui jalan menghampiri sebuah Masjid
(x ingat nama) Sayup azan subuh memenuhi ruang dan pagi itu Shai
sujud menyembah illahi dan bersyukur atas nikmat yang diberi.
Melalui jalan – jalan di awal
pagi Shai
berhati – hati dan berwaspada.Sekitar 7 pagi Shai
tiba dihotel yang bakal Shai menginap selama semalaman. Hotel Raudah
beberapa meter sahaja dari stesen bas.Sepatutnya waktu untuk Shai
check in ialah pada jam 12 tenghari untuk Bilik Queen.Tapi memandangkan badan
dan melekit dan ingin berehat Shai terima sahaja apa – apa jenis bilik yang
kosong.Akhirnya Shai dapat merebahkan diri di atas tilam serta
merelakskan diri sebelum memulakan langkah berjalan – jalan di Bandar Kota
Bahru ini.
Sekitar jam 9 pagi Shai melangkah kaki menuju ke Tourist Information Center.
Masuk sekejap dan tengok keadaan didalam itu.Mencari – cari apa yang dicari
tetapi tidak ditemui.Akhirnya bertanyakan pertugas di kaunter tersebut dan
meminta Map.Memang memeningkan juga Map tersebut tetapi bolehlah dari tak ada
langsung.
Shai
melangkah kaki dan menuju ke Muzium Negeri Kelantan.Bangunan 2 tingkat itu agak
kecil dan mengumpulkan sedekit cerita dan sejarah negeri Kelantan.Bayaran RM1
dikenakan dan didalam Muzium itu pada awal pagi 090407 hanyalah Shai
seorang. Hampir 15 minit Shai berjalan menuju ke satu destinasi yang
ntahapaapatah. Akhirnya Shai melangkah ke Stesen Bas dimana Shai
turun pada awal pagi tadi.Bertanyakan tentang dimanakah sepatutnya Shai
menaiki bas esoknya untuk pulang ke KL. Kata pekerja di situ jarak stesen bas
tersebut sekitar 2 KM. Shai mulai blur.Memang dari Map yang berada
ditangan terdapat beberapa Stesen bas lain di Bandar Kota Bharu itu. Kaki melangkah menuju ke
sebuah bas mini.(malas nak cerita kemana destinasinya dan apa yang terjadi)
Namun dipendekkan cerita setelah membayar 80 sen dan beberapa minit kemudian
bas itu bergerak.Pemandunya yang berusia sekitar 50-an terlebih peramah dan
bercerita berbagai macam jenis cerita berkaitan isu semasa dengan
penumpang.Nasiblah Shai berada di belakang sekali.Dari cerita Mat
Rempit sehingga lah kecerita ntahapantah memang pemandu itu petah
berkata-kata.Namun akhirnya Shai sesat jauh… hahahaha…
Dengan selamba Shai
turun mengikut beberapa orang di satu tempat.Terpaksa Shai
mengambil teksi menuju kembali ke Bandar.Nasib dalam beberapa minit teksi pun
lalu dan Shai
menyatakan destinasi Shai ialah Hentian Langgar.Tak kala itu Shai
tak terbayang bagaimana rupa Stesen bas dimana Shai
perlu menaiki bas untuk kembali ke KL esok hari.Bayaran RM3 dikenakan dan bagi Shai
agak berpatutan dengan jaraknya. Ternyata Hentian bas tersebut khusus untuk Bas
Transnasional sahaja dan ianya terletak berhampiran KB Mall.Beberapa minit
kemudian Shai
menunggu lagi teksi namun hampa tiada satu pun yang berhenti.Akhirnya kaki
melangkah menuju ke KB Mall.Masuk didalam KB Mall ternyata ianya agak luas dan
besar juga.Hanya berjalan beberapa minit dan membeli air untuk membasah tekak
yang dahaga akhirnya Shai keluar dari situ dan menunggu lagi
teksi.1 minit ditepi jalan akhirnya teksi ditahan dan 4 penumpang lain berada
didalam perut teksi tersebut. Shai menyatakan destinasi tujuan Shai
ialah Pasar Siti Khatijah dan ternyata pemandu itu seperti blur.Akhirnya Shai
diturunkan di Pasar Lama yang nampak begitu “mengerunkan” dan Shai
seperti tidak tergerak untuk masuk kedalamnya.Akhirnya berbekalkan Map Shai
melangkah dan melangkah.Akhirnya Pasar Siti Khatijah didepan mata.Tingkat
bawahnya menjual barang-barang kering, Ikan, sotong , ayam turut dijual
disini.Apa yang dilihat di TV/Gambar tak sama memang “tak bersih dan menarik,,
macam pudar dan malap je” tue pendapat Shai
sebagai pengunjung.Terus menaiki tingkat ke 3 yang menjual kain baju, songket, tudung dan lain – lain..Soalan
standart jurujual disitu ialah “cari ngapo abe” hahaha.. kelakar2.. nak je
jawab.. nak cari “isteri”.Tapi Shai hanya tersenyum dan mengelengkan
kepala.Menuruni tingkat 2 sesuatu yang Shai
cari ditemui.Itulah dia “Kenang-kenangan dan ole-ole untuk budak Ofis dan
Majlis Gathering Msjbox.com pada 28 April nanti”.Sebelum meninggalkan Pasar
Siti Khatijah tu Shai tergerak bertanyakan pada seorang pak cik
kalau2 ada Kedai Gunting Rambut sekitar kawasan tersebut.Ternyata Shai
bertanya pada orang yang salah.Pak Cik tue bukan orang situ.
Jam hampir melewati 12
tengahari , dalam kaki melangkah terpandang A & W singgah sebentar
menghilangkan dahaga dengan segelas Root Beer.Terlihat kiri dan kanan adanya
7-Eleven,MCD, Pizza Hut,Mydin dan juga The Store.Akhirnya teruskan perjalanan
kembali ke Bilik Hotel untuk merehatkan diri.Selepas Solat Zuhur dan berbaring2
dan berpusing2 untuk hampir sejam.Sessi jalan – jalan sebelah petang pun
bermula.
Perjalanan sebelah petang
bermula sekitar 2.30 petang.Destinasi tujuan ialah The Store, niatnya nak beli
Seluar dan Baju baru.Tetapi tak ada yang berkenan nak beli juga beg pakaian
baru tapi tak ada yang sesuai pulak.Dalam kaki melangkah terpandang sebuah
Cyber Café.Masuk kedalamnya dan terbaca bayarannya hanyalah RM2 sejam.Macam
biasa biasa, memula membaca mesej diblog sendiri kemudian baru singgah di blog2
yang lain.Cerita yang sama dibeberapa blog ialah mengenai aktiviti outing
070407 di The Mines.Banyak gambar sebagai bukti dan gambaran bertapa gembiranya
kitaorang pada masa tersebut.Dalam itu juga online YM yang sudah sekian
lama.Chatting dengan Yatt & Faizzah.Tetiba….. jeng..jeng.. Mat Ju muncul..
siapa dia? Alah budak Kelate yang duduk Pasir Mas.. Dah lama juga x YM dengan
dia sejak dua menjak YM kat ofis kena block.
Akhirnya kata dibuat..no tel
bertukar dan malam ini kami akan berjumpa.KB Mall lokasinya.Mungkin ini
dinamakan takdir yang telah ditentukan Allah yang Maha Berkuasa.Disebabkan 1
jam berlalu pantas terpaksa tambah lagi 1/2 jam sessi di CC tersebut.
Kemudiannya kaki melangkah ke
Mydin.Membeli beberapa barang keperluan dan akhirnya beg pakaian baru
dibeli.Kenapa? Biasalah.. waktu dating dengan beg sandang je.Tapi bila dah beli
macam-macam kenalah beg baru.Harga beg tersebut memang berpatutan dan Shai
pun berkenaan ngan warnanya.Keluar dari Mydin kaki melangkah ke 7
Eleven.Membeli Air Mineral dan Soft Drink kerana dahaga yang terlampau.Terus
berjalan kembali menuju ke bilik hotel.
Selepas solat asar berbaring2
sebentar sementara menanti senja.Membasahkan diri selepas penat berjalan
seharian.Kaki-Kaki terasa sakit yang amat terutama bahagian tapak kaki.Mungkin
juga kasut yang dipakai tidak sesuai.Selepas menunaikan solat Maghrib terus
bersiap untuk menuju ke KB Mall dengan berjalan kaki. 15 minit diambil dan
jaraknya lebih 1KM.
Arah tujuannya tidak
diketahui,dimana kaki melangkah disitulah destinasinya.Dari satu kedai ke satu
kedai sehinggalah sampai ke Pusat Bowling disitu.Pacific Bowl namanya.Tidak
terlalu ramai orang yang sedang bermain bowling ketika itu hamper separuh
sahaja digunakan.Ambil masa untuk “cuci mata” dan lihat aksi2 mereka
melontarkan bola bowling.
Beberapa minit kemudian kaki
melangkah ke gedung membeli belah disitu.Tujuan asalnya nak membeli seluar baru
dan baju baru.Namun tak ada yang berkenaan dimata dan sesuai membantutkan
keadaan.Akhirnya selepas beberapa belas minit melewati 9 malam, untuk pertama
kalinya dengan Izin Allah Yang Maha Berkuasa akhirnya Shai
dapat bersua dgn Mat Ju.Kebetulan
bagaikan telah ditakdirkan sama-sama pakai baju color merah.Turut bersama
dengannya ialah J-Bon yang kerja kat Pizza Hut di KB Mall.
Mat Ju bawa Shai
ronda-ronda sekitar KB.Destinasinya Shai pun x tahu.Sepanjang jalan ada jalan yang
berlampu biasa namun ada juga kawasan dimana lampunya meriah dan bewarna-warni
serta cantik dan menarik dipasang sempena Hari Keputeraan Sultan
Kelantan.Memang menarik warna- warni lampu itu tapi sewaktu ianya berkelip2
boleh menyakitkan mata yang memandang.
Shai
berhajat untuk ke Wakaf Che Yeh.Sebelum ini penah dengar nama tempat tue tapi tak
tahu apa sebenarnya keadaan disana.Petang tadi sewaktu chatting YM dengan Yatts dia ada bagi tau mesti pergi
tempat tue kerana ianya dibuka sampai ke awal pagi.Mat Ju telah membawa Shai
kesana.Tempatnya kelihataan seperti pasar malam.Berbagai jenis barang dijual
dari kasut ke pakaian,cermin mata,tudung,kain ela, makanan dan
macam-macamlah.Kalau diikutkan tak habis kot semua kawasan itu dikunjungi.
Berhenti rehat seketika
menikmati Ice-Cream sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.Kedai
Mamak, itulah tempat tujuannya.Cerita seterusnya di blog matju
Selepas selesai makan matju hantar Shai ke Hotel.Terima Kasih sebab bawa Shai
jalan – jalan.Esoknya awal-awal pagi Shai
telah meninggalkan Kota Bharu Kelantan dengan 1001 kenangan.
Perjalanan Ke Negeri Darul Naim