Suka cita dimaklumkan... shai telah berpindah menyewa di
Mr. Shai .Buat masa dan ketika ini masih belum pasti adakah blog ini akan ditutup dan disimpan di dalam Muzium sebagai "Kenangan Terindah" dlm kehidupan.
Akhirnya Pasti..Aku Pergi Dari Sini
mr_shai1111 dreamt at 08:55 am on Monday, April 30, 2007
Permalink
-
updated 26 Apr (9.00 am) -
Sasaran Kehadiran
30 orang
Senarai yang dijangkan akan hadir:
- Shai
- Junaidix
- Carneyz
- Meera
- Retna
- Sodep + Kawan
- Jebat
- Honey
- Shida
- Acai
- Chik
- Yatt
- Sis Honey
- CD/Aida + "kanda"
- Chot
- Riez1
- Teacher
- MRazlieJR
- Kiki (Tak sure lagi)
- Faizzah (Tak sure lagi)
- Ida/Ladyugly (Tak sure lagi)
- Umie (Tak sure lagi)
- Romzi (Tak sure lagi)
- Am (Tak sure lagi)
Yang dalam list
Tak Sure Lagi t
ue..sila Sure2 kan. Total
25/
30Yang Lain, Anda Berani? Atau hanya ingin jadi Rakan Cyber shj!!
Yang Akan Hadir Msjbox.com Gathering 28 April ini
mr_shai1111 dreamt at 02:25 pm on Wednesday, April 25, 2007
Permalink
Antara aku dan dia
Bagai ada jurang pemisah
Sukar untuk ku tafsirkan
Siapa sebenarnya dirinya
Kita mungkin dapat mengembirakan orang lain
Tapi mampukah orang lain mengembirakan kita?
Kita tidak seharusnya menyalahkan seseorang
Sekiranya dia tidak mampu membahagiakan kita
Cubalah memahami seseorang itu
Mungkin dia juga tidak mampu membahagiakan dirinya
Bagaimana untuknya membahagiakan orang lain
Masih jauh perjalanan ini
Semakin lama semakin berliku
Setiap hari ku berdoa kepada NYA
Agar ditunjukan jalan itu
Tetapi ternyata kesamaran
masih dalam bayangan
Tiada jawapan yang pasti
Mungkin dia bukan untukku
Dan aku bukan untuknya
Seadainya takdirnya begini
Izinkan aku bersendiri
Tanpa hadirnya Cinta lagi
Tetapi ku pasti
Suatu hari nanti
Akan ada cinta abadi
Nan Sejati Dalam Kehidupanku ini
mr_shai1111 dreamt at 10:50 am on Monday, April 23, 2007
Permalink
Event Official : MrShai
Seperti yang korang semua dah di vote bulan lepas, maka dengan ini Msjbox Gathering akan di adakan kat Satay Kajang seperti berikut:
Hari: Sabtu
Tarikh: 28 April 2007
Masa: 3PM
Lokasi: Restoran Sate Kajang Hj. Samuri, Kajang
Tujuan utama gathering adalah untuk berkenalan dengan kenkawan yang korang rasa belum pernah jumpa. Asyik jumpa kat blog jer.. bila lagi nak jumpa secara dekat?
So, bagi kenkawan yang ada kelapangan masa pada hari tersebut, jemput la datang beramai-ramai ke tempat kejadian yer ;)
Seponsers: Update! ada sesiapa nak sponser ke? (sila maklumkan) Sponser Lucky Draw dah comfirm
Bayaran:
Bajet RM12 la sorang untuk bayar makan Satay + Minuman Watermelon/Fresh oren + Goodies + Lucky Draw (ataupun korang just bayar ikut byk mana satay yg korang dah makan tu :)) Baki akan di forward ke Event lain pasa masa akan datang.
Aktiviti:# 2.45 pm Tunggu/Mengambil ketibaan para-para hadirin sekalian
# 3.00 pm Hadirin mengambil tempat/Ucapan aluan
# Makaaaaaan satay! & Minuuuuum air (sampai kembong)
# Lepak-lepaaaak.. borak-boraaaaak..
# Cabutan No bertuah dari penaja
# Balik ke rumah masing-masing!
Plus, bagi sesiapa yang nak bayar Yuran Tahunan
Msjbox pada hari tersebut pun boleh.
Junaidix akan bawak buku resit. :)
p/s: Bagi yang ada masalah pengangkutan, korang bley amik KTM Komuter dari KL Sentral ke stesen Kajang. Then kat situ, bley call kitaorang untuk amik kat stesen tu :) no problem. nak hantar semula kat stesen KTM tu lepas habis gathering pun ok. sila hubungi Junaidix
Msjbox Gathering : 28 April 2007
mr_shai1111 dreamt at 10:48 am on Friday, April 20, 2007
Permalink
Doa dipanjat kepada tuhan.5 kali sehari memohon dari Nya.Meminta pertunjuk agar dipermudahkan.
Selepas hampir sebulan.Jawapannya masih samar.Untuk ketika ini keputusan yang terbaik ialah "biarlah sekadar kawan..jangan terlalu berharap dan mengharap" dan mungkin..Aku Bukan Untukmu & Engkau Bukan Untukku.
*Aku Bukan Untukmu*
Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku
Lirik ini mungkin tak ada kena mengena untuk cerita sekarang, tapi cerita - cerita sebelum ini mungkin ada kaitan.Sebaiknya bina cerita baru dan cubakan cerita baru.
Aku Bukan Untukmu.. Mungkinkah dia bukan untukku
mr_shai1111 dreamt at 11:01 am on Monday, April 16, 2007
Permalink
Perjalanan menuju ke destinasi
impian akhirnya menjadi nyata.Kenapa ianya dinamakan sedemikian rupa?
Jawapannya inilah kali pertama Shai menjejakkan kaki ke Negeri Kelantan Darul
Naim.Perjalanan selepas maghrib 080407 bermula dari rumah menapak ke jalan
besar.15 minit berlalu dan peluh membasahi diri.Dalam kepekatan malam akhirnya
teksi yang dinanti muncul juga.Sampai di Hentian Putra sejam lebih awal dari
masa perjalanan.
Bas bergerak meninggalkan Kuala Lumpur pada jam
9.00 malam.Terlepas menonton Dairi AF, tapi tak mengapa ada yang jauh lebih
penting dari itu.Perjalanan di waktu malam memberi gambaran yang kabur tentang
keadaan sekeliling dalam menuju ke destinasi .Akhirnya selepas 2 jam didalam
perut bas, Shai
terlena tanpa diulit mimpi indah.
Sekitar jam 1 pagi bas
berhenti disebuah kawasan makan.Hajat pertama yang ditunaikan sebaik turun dari
bas ialah menuju ke bilik kecil.Bayaran 20 sen dikenakan tapi kualiti
kebersihan bilik airnya memang “hazab” sekali dan “berbau”.Tiada pilihan lain
terpaksa juga walaupun itu bukanlah pilihan terbaik.Membasahkan tekak dengan
segelas teh tarik.Bila time nak bayar baru tahu harganya RM2.Mahalnya harga
tersebut tapi nak buat macam mana bayar jelah.
Hampir 45 minit kemudian bas
bergerak menuju perjalanan.Dalam kesejukan Shai
tertidur lagi “tidur-tidur ayam”.Seorang demi seorang penumpang turun di
destinasi mereka.Akhirnya, selepas melalui hamper 8 jam perjalanan destinasi
tujuan didepan mata..Bandar Kota Bahru itulah destinasinya.
Lebih kurang 1 jam berada distesen
bas dan kemudiannya membeli kuih muih sebagai sarapan pagi serta singgah minum
di kedai makan berhampiran stesen bas itu. Dalam kedinginan pagi Shai
melangkah menuju lorong demi lorong dan melalui jalan menghampiri sebuah Masjid
(x ingat nama) Sayup azan subuh memenuhi ruang dan pagi itu Shai
sujud menyembah illahi dan bersyukur atas nikmat yang diberi.
Melalui jalan – jalan di awal
pagi Shai
berhati – hati dan berwaspada.Sekitar 7 pagi Shai
tiba dihotel yang bakal Shai menginap selama semalaman. Hotel Raudah
beberapa meter sahaja dari stesen bas.Sepatutnya waktu untuk Shai
check in ialah pada jam 12 tenghari untuk Bilik Queen.Tapi memandangkan badan
dan melekit dan ingin berehat Shai terima sahaja apa – apa jenis bilik yang
kosong.Akhirnya Shai dapat merebahkan diri di atas tilam serta
merelakskan diri sebelum memulakan langkah berjalan – jalan di Bandar Kota
Bahru ini.
Sekitar jam 9 pagi Shai melangkah kaki menuju ke Tourist Information Center.
Masuk sekejap dan tengok keadaan didalam itu.Mencari – cari apa yang dicari
tetapi tidak ditemui.Akhirnya bertanyakan pertugas di kaunter tersebut dan
meminta Map.Memang memeningkan juga Map tersebut tetapi bolehlah dari tak ada
langsung.
Shai
melangkah kaki dan menuju ke Muzium Negeri Kelantan.Bangunan 2 tingkat itu agak
kecil dan mengumpulkan sedekit cerita dan sejarah negeri Kelantan.Bayaran RM1
dikenakan dan didalam Muzium itu pada awal pagi 090407 hanyalah Shai
seorang. Hampir 15 minit Shai berjalan menuju ke satu destinasi yang
ntahapaapatah. Akhirnya Shai melangkah ke Stesen Bas dimana Shai
turun pada awal pagi tadi.Bertanyakan tentang dimanakah sepatutnya Shai
menaiki bas esoknya untuk pulang ke KL. Kata pekerja di situ jarak stesen bas
tersebut sekitar 2 KM. Shai mulai blur.Memang dari Map yang berada
ditangan terdapat beberapa Stesen bas lain di Bandar Kota Bharu itu. Kaki melangkah menuju ke
sebuah bas mini.(malas nak cerita kemana destinasinya dan apa yang terjadi)
Namun dipendekkan cerita setelah membayar 80 sen dan beberapa minit kemudian
bas itu bergerak.Pemandunya yang berusia sekitar 50-an terlebih peramah dan
bercerita berbagai macam jenis cerita berkaitan isu semasa dengan
penumpang.Nasiblah Shai berada di belakang sekali.Dari cerita Mat
Rempit sehingga lah kecerita ntahapantah memang pemandu itu petah
berkata-kata.Namun akhirnya Shai sesat jauh… hahahaha…
Dengan selamba Shai
turun mengikut beberapa orang di satu tempat.Terpaksa Shai
mengambil teksi menuju kembali ke Bandar.Nasib dalam beberapa minit teksi pun
lalu dan Shai
menyatakan destinasi Shai ialah Hentian Langgar.Tak kala itu Shai
tak terbayang bagaimana rupa Stesen bas dimana Shai
perlu menaiki bas untuk kembali ke KL esok hari.Bayaran RM3 dikenakan dan bagi Shai
agak berpatutan dengan jaraknya. Ternyata Hentian bas tersebut khusus untuk Bas
Transnasional sahaja dan ianya terletak berhampiran KB Mall.Beberapa minit
kemudian Shai
menunggu lagi teksi namun hampa tiada satu pun yang berhenti.Akhirnya kaki
melangkah menuju ke KB Mall.Masuk didalam KB Mall ternyata ianya agak luas dan
besar juga.Hanya berjalan beberapa minit dan membeli air untuk membasah tekak
yang dahaga akhirnya Shai keluar dari situ dan menunggu lagi
teksi.1 minit ditepi jalan akhirnya teksi ditahan dan 4 penumpang lain berada
didalam perut teksi tersebut. Shai menyatakan destinasi tujuan Shai
ialah Pasar Siti Khatijah dan ternyata pemandu itu seperti blur.Akhirnya Shai
diturunkan di Pasar Lama yang nampak begitu “mengerunkan” dan Shai
seperti tidak tergerak untuk masuk kedalamnya.Akhirnya berbekalkan Map Shai
melangkah dan melangkah.Akhirnya Pasar Siti Khatijah didepan mata.Tingkat
bawahnya menjual barang-barang kering, Ikan, sotong , ayam turut dijual
disini.Apa yang dilihat di TV/Gambar tak sama memang “tak bersih dan menarik,,
macam pudar dan malap je” tue pendapat Shai
sebagai pengunjung.Terus menaiki tingkat ke 3 yang menjual kain baju, songket, tudung dan lain – lain..Soalan
standart jurujual disitu ialah “cari ngapo abe” hahaha.. kelakar2.. nak je
jawab.. nak cari “isteri”.Tapi Shai hanya tersenyum dan mengelengkan
kepala.Menuruni tingkat 2 sesuatu yang Shai
cari ditemui.Itulah dia “Kenang-kenangan dan ole-ole untuk budak Ofis dan
Majlis Gathering Msjbox.com pada 28 April nanti”.Sebelum meninggalkan Pasar
Siti Khatijah tu Shai tergerak bertanyakan pada seorang pak cik
kalau2 ada Kedai Gunting Rambut sekitar kawasan tersebut.Ternyata Shai
bertanya pada orang yang salah.Pak Cik tue bukan orang situ.
Jam hampir melewati 12
tengahari , dalam kaki melangkah terpandang A & W singgah sebentar
menghilangkan dahaga dengan segelas Root Beer.Terlihat kiri dan kanan adanya
7-Eleven,MCD, Pizza Hut,Mydin dan juga The Store.Akhirnya teruskan perjalanan
kembali ke Bilik Hotel untuk merehatkan diri.Selepas Solat Zuhur dan berbaring2
dan berpusing2 untuk hampir sejam.Sessi jalan – jalan sebelah petang pun
bermula.
Perjalanan sebelah petang
bermula sekitar 2.30 petang.Destinasi tujuan ialah The Store, niatnya nak beli
Seluar dan Baju baru.Tetapi tak ada yang berkenan nak beli juga beg pakaian
baru tapi tak ada yang sesuai pulak.Dalam kaki melangkah terpandang sebuah
Cyber Café.Masuk kedalamnya dan terbaca bayarannya hanyalah RM2 sejam.Macam
biasa biasa, memula membaca mesej diblog sendiri kemudian baru singgah di blog2
yang lain.Cerita yang sama dibeberapa blog ialah mengenai aktiviti outing
070407 di The Mines.Banyak gambar sebagai bukti dan gambaran bertapa gembiranya
kitaorang pada masa tersebut.Dalam itu juga online YM yang sudah sekian
lama.Chatting dengan Yatt & Faizzah.Tetiba….. jeng..jeng.. Mat Ju muncul..
siapa dia? Alah budak Kelate yang duduk Pasir Mas.. Dah lama juga x YM dengan
dia sejak dua menjak YM kat ofis kena block.
Akhirnya kata dibuat..no tel
bertukar dan malam ini kami akan berjumpa.KB Mall lokasinya.Mungkin ini
dinamakan takdir yang telah ditentukan Allah yang Maha Berkuasa.Disebabkan 1
jam berlalu pantas terpaksa tambah lagi 1/2 jam sessi di CC tersebut.
Kemudiannya kaki melangkah ke
Mydin.Membeli beberapa barang keperluan dan akhirnya beg pakaian baru
dibeli.Kenapa? Biasalah.. waktu dating dengan beg sandang je.Tapi bila dah beli
macam-macam kenalah beg baru.Harga beg tersebut memang berpatutan dan Shai
pun berkenaan ngan warnanya.Keluar dari Mydin kaki melangkah ke 7
Eleven.Membeli Air Mineral dan Soft Drink kerana dahaga yang terlampau.Terus
berjalan kembali menuju ke bilik hotel.
Selepas solat asar berbaring2
sebentar sementara menanti senja.Membasahkan diri selepas penat berjalan
seharian.Kaki-Kaki terasa sakit yang amat terutama bahagian tapak kaki.Mungkin
juga kasut yang dipakai tidak sesuai.Selepas menunaikan solat Maghrib terus
bersiap untuk menuju ke KB Mall dengan berjalan kaki. 15 minit diambil dan
jaraknya lebih 1KM.
Arah tujuannya tidak
diketahui,dimana kaki melangkah disitulah destinasinya.Dari satu kedai ke satu
kedai sehinggalah sampai ke Pusat Bowling disitu.Pacific Bowl namanya.Tidak
terlalu ramai orang yang sedang bermain bowling ketika itu hamper separuh
sahaja digunakan.Ambil masa untuk “cuci mata” dan lihat aksi2 mereka
melontarkan bola bowling.
Beberapa minit kemudian kaki
melangkah ke gedung membeli belah disitu.Tujuan asalnya nak membeli seluar baru
dan baju baru.Namun tak ada yang berkenaan dimata dan sesuai membantutkan
keadaan.Akhirnya selepas beberapa belas minit melewati 9 malam, untuk pertama
kalinya dengan Izin Allah Yang Maha Berkuasa akhirnya Shai
dapat bersua dgn Mat Ju.Kebetulan
bagaikan telah ditakdirkan sama-sama pakai baju color merah.Turut bersama
dengannya ialah J-Bon yang kerja kat Pizza Hut di KB Mall.
Mat Ju bawa Shai
ronda-ronda sekitar KB.Destinasinya Shai pun x tahu.Sepanjang jalan ada jalan yang
berlampu biasa namun ada juga kawasan dimana lampunya meriah dan bewarna-warni
serta cantik dan menarik dipasang sempena Hari Keputeraan Sultan
Kelantan.Memang menarik warna- warni lampu itu tapi sewaktu ianya berkelip2
boleh menyakitkan mata yang memandang.
Shai
berhajat untuk ke Wakaf Che Yeh.Sebelum ini penah dengar nama tempat tue tapi tak
tahu apa sebenarnya keadaan disana.Petang tadi sewaktu chatting YM dengan Yatts dia ada bagi tau mesti pergi
tempat tue kerana ianya dibuka sampai ke awal pagi.Mat Ju telah membawa Shai
kesana.Tempatnya kelihataan seperti pasar malam.Berbagai jenis barang dijual
dari kasut ke pakaian,cermin mata,tudung,kain ela, makanan dan
macam-macamlah.Kalau diikutkan tak habis kot semua kawasan itu dikunjungi.
Berhenti rehat seketika
menikmati Ice-Cream sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.Kedai
Mamak, itulah tempat tujuannya.Cerita seterusnya di blog matju
Selepas selesai makan matju hantar Shai ke Hotel.Terima Kasih sebab bawa Shai
jalan – jalan.Esoknya awal-awal pagi Shai
telah meninggalkan Kota Bharu Kelantan dengan 1001 kenangan.
Perjalanan Ke Negeri Darul Naim
mr_shai1111 dreamt at 11:49 am on Thursday, April 12, 2007
Permalink
Shai cuba mengubah sikap Shai dari menjadi manusia yang suka Busy Body kepada satu jenis manusia yang lebih baik (Insya-Allah)"Tak ada manusia yang sempurna dalam dunia ini melainkan mereka yang mendapat Keistimewaan dari Allah S.W.T"
Kenapa manusia suka busy body dengan hal orang lain? Shai rasa, dan pada pendapat dan pandangan Shai mungkin itu hobi mereka atau memang dah jadi kegemaran untuk "jaga tepi kain" orang.
Kenapa mesti "jaga tepi kain orang"? Shai pasti walaupun mereka berseluar golongan ini tetap suka menjadikan kisah - kisah orang lain sebagai bahan cerita, gosip dan bualan seharian.
Kenapa mesti nak ambil tahu hal orang lain? Shai fikir mereka tak sedar kot pada hal mereka ini ada masalah sendiri yang tak selesai-selesai atau mereka ini jenis makhluk yang suka campur urusan hidup orang lain pada hal hidup sendiri tak terurus/terabai.
Siapa makan cili dia rasa pedas? Shai berpandangan yang sejujurnya memang manusia tak dapat lari dari mengosip dan membualkan orang lain termasuk diri Shai sendiri jadi oleh itu, kita harus jadi manusia yang lebih baik dari hari semalam.
Kenapa umur 27 thn Shai tak kawin lagi? Soalan cepu emas yang selalu ditanya apabila hadir berkumpul dalam ahli keluarga yang jarang berjumpa/kawan- kawan. Jawapannya yang biasa "belum ada jodoh.. + Biarlah rahsia" atau "Nantikan Jemputan.." Kenapa mesti sibuk pasal jodoh orang lain? Adakah "teruk" kalau kita menjadi manusia yang lambat kawin? (statment itu ditujukan utk diri sendiri shj)
Kenapa mesti ada orang duduk busy body tanya Shai tue couple ngan siapa skrg? Jadi ke dia ngan budak tue? Kenapa dia "dingin" awek lama dan sebagainya. Elooooo...Eloooo.. kau apahal dok fikir pasal siapa awek Shai , ngan siapa Shai keluar dan apa Shai buat? Shai ada kacau hidup kau orang ke??
Shai mula2 akan "hangin" ngan manusia macam ini.Tak kiralah dia kawan rapat ke, kau jauh ke..atau saudara mara sendiri.Dok sibuk hal orang apa hal???? Tak ada kehidupan sendiri ke nak di uruskan??? Akhirnya Shai abaikan je manusia-manusia macam nie.Buang masa je kalau dilayan.
Biarlah apa orang nak cakap pasal Shai dan sikap Shai serta tingkah laku Shai yang penting "Shai tahu siapa diri Shai" dan Shai akan berpijak di bumi yang nyata.
So masih nak busy body pasal kehidupan seorang insan bernama Shai ????
Shai : Soalan - Agak2 akak kenapa manusia suka busy body?
Pendapat Kak Retna : suka nak ambil tahu hal orang .. pastu boleh "jaja" cerita orang tue..boleh jatuhkan maruah orang yang dijaja..pastu dia boleh dapat nama.
Kenapa Manusia Suka Busy Body?
mr_shai1111 dreamt at 02:03 pm on Wednesday, March 28, 2007
Permalink
Majlis makan satay & Birthday party UMIE diadakan di Restoren Satay Kajang Hj.Samuri di Taman Melati.
siapa UMIE? oh! dia kenalan baru Shai dan geng msjbox.com
Shai tiba di tempat kejadian tepat jam 4.00pm.Perkara pertama , memastikan tempat yang dibooking ada.Kemudiannya SMS orang yg diraikan dan tanya yg lain - lain bagaimana status mereka.15 Minit Kak retna sampai (katanya dah lama sampai) x perasaan lak.Lepas tue faizzah & tunangnya pun sampai.Kita orang borak2 lah sambil menanti kehadiran yang lain.Order air dulu..
Tetiba terperasaan seseorang. siapa yek? beberapa minit kemudian barulah dikenalkan dengan UMIE oleh Kak retna .Lepas itu baru lah yatt datang bersama Kek dan adik chik. Diikuti carneyz ,jun beriringan
Majlis diteruskan dengan makan - makan (masih bersms dgn kak shida )bilalah agaknya nak sampai.Acara dinantikan ialah Belah Kek dan Makan Kek. Nyum2 (Kek menerima Komen dari pemakan - istilah baru) kah3.
Akhirnya Kak shida tiba juga walaupun memang lambat.Datang juga walaupun... Majlis berakhir dengan pemberian Hadiah kepada yang diraikan serta goodies kepada tetamu yang hadir.
Terima Kasih kepada semua yang sudi hadir.Pada yang tak dapat hadir, tak pe.. Shai faham, masing - masing ada urusan dan hal tersendiri.
Kepada yang nak makan Satay Kajang jangan lupa 28 April ini. di Kajang, Selangor
Perjalanan Majlis Makan Satay Sabtu Lepas Berjalan Lancar
mr_shai1111 dreamt at 08:24 am on Monday, March 26, 2007
Permalink
Hari: Sabtu
Tarikh: 28 April 2007
Masa: 3PM
Lokasi:
Restoran Sate Kajang Hj. Samuri
Lot 1,2 & 3 Tingkat Bawah & Tingkat 1,
Bangunan Dato' Nazir, Jalan Kelab,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
2nd Anniversary - Msjbox Moments ini bertujuan semata-mata untuk makan satay sambil lepak-lepak, sembang-sembang antara geng2 Msjbox yang lain dari kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.
Seponsers: Update! ada sesiapa nak sponser ke? (sila maklumkan)Sponser Lucky Draw dah comfirm
Bayaran:
Bajet RM12 la sorang untuk bayar minuman (Watermelon/Fresh oren) + Satay (sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian)
Aktiviti:
# 2.45 pm Tunggu/Mengambil ketibaan para-para hadirin sekalian
# 3.00 pm Hadirin mengambil tempat/Ucapan aluan
# Makaaaaaan satay! & Minuuuuum air (sampai kembong)
# Lepak-lepaaaak.. borak-boraaaaak..
# Cabutan No bertuah dari penaja
# Balik ke rumah masing-masing!
Akan Datang 28042007 2nd Anniversary Msjbox Moments di Satay Kajang Hj Samuri @ Kajang
mr_shai1111 dreamt at 12:22 pm on Friday, March 23, 2007
Permalink
Sabtu 17/03/2007
Shai memulakan perjalanan hari sabtu tanpa sarapan pagi.Hampir semua perjalanan untuk hari ini telah dirancang didalam minda Shai terlebih dahulu.
Seawal 9am, Shai menuju ke Pandan Indah.Perjalanan Hari ini dinamakan "Jalan - Jalan KL" Menaiki Star LRT menuju ke PWTC.Pagi yang indah ditemani dengan gerimis menitis membasahi diri.Sampai dalam PWTC dalam hampir 10am.Terpaksa beratur panjang untuk masuk ke Dewan MatTA Fair.Bayaran yang dikenakan ialah RM3.Berjalan2 sempena Matta Fair sambil mengambil risalah dan promotion2 menarik untuk percutian di dalam dan luar negara.3 tempat sasaran Shai ialah Langkawi, Tioman dan Kelantan.Eh! kenapa Kelantan?? sesungguhnya seumur hidup Shai belum lagi menjejakkan kaki ke sana.Insya-Allah dah plan perjalanan 2 Hari 1 Malam seorang diri dalam masa terdekat ini.
Pusing punya pusing sempena Matta Fair nie.Dewannya bukan shj kat PWTC tapi terpaksa menyebarang sungai hingga ke Dewan di belakang Jalan Ipoh sana. Berkali2 pusing mencari dimana Both Menara KL.Akhirnya jumpa gak "hujung dunia beb! x sesuai.. nasib baik kali ini Shai x terlibat lagi dlm dunia Sales".Jumpa kawan2 kejap dan sembang2 apa yang patut.Ketika itu jam baru menunjukkan hampir 12pm.Shai nekad meneruskan program tidak dirancang iaitu menonton Filem di KLCC (Muhsin).Dari PWTC menaiki STAR ke Masjid Jamek dan bertukar ke PUTRA menuju KLCC dan terus berjalan dengan pantas ke TGV KLCC.Manusia beratur punyalah panjang.Hampir 20 minit beratur baru dapat beli tiket itu pun hanya tingga berapa tempat duduk sahaja.
Keseluruhan cerita Mukhsin memang "best" terutama Lagu "Hujan" tue.. sedaaap.. kemudian jalan cerita, pelakon semuanya nampak menarik.
Selepas je keluar dari KLCC, Ternampak di ruang legar KLCC, Ratu rock Ella menyanyi lagu JTM (Jujur,Tak kan melupakanmu" best!!! layan kejap.. lepas tue terus ambik PUTRA ke PASAR SENI.Menuju CM yang pertama kali dikunjungi pada tahun 2007, nampak cantik selepas ubahsuai.Jalan2 tengok2 (x pusing habis pun) kemudiannya ke Gerai2 Cenderamata dan Survey untuk hadiah birthday Menara KL Club dan untuk gathering msjbox.com ... ooops.. bocor rahsia..
Dalam 5pm bergerak dari STAR masjid Jamek ke Sogo.Jalan2 sekejap kat sogo.. always ada sales kat sana.. tapi... (Fulus x bawa banyak.. so x membeli apa2) Niat utama berjalan di pasar malam Jalan TAR.Membeli beberapa makanan kegemaran. Kalau diikutkan semua nak beli.Dalam pada tue ada juga benda yang tak dirancang turut dibeli.Macam mana tue? Dalam asyik berjalan terjumpa ngan seseorg. Oh! keciknya dunia ni..Jumpa ngan seorang staff yang kerja kat KL Tower.Borak2 kejap dan bertanya khabar "sian dia..sebab baru lepas jadi mangsa ragut beberapa minggu lepas.. mc dekat seminggu dan trauma dgn kejadian tue" budak kg baru dan kejadian berlaku di kg baru gak.Tak ada sebarang kerugian cuma ada luka2 dan kesan dikepala.
Akhirnya menjelang senja dah berada di rumah dan malam hujung minggu hanya didepan TV menyaksikan Konsert pertama musim ke 5 Akademi Fantasia.
Kisah hari ahad (akan bersambung)
Perjalanan Hari Minggu Yang Berlalu
mr_shai1111 dreamt at 05:57 pm on Tuesday, March 20, 2007
Permalink